Manusia adalah makhluk Allah yang paling istimewa. Allah mencipta mereka dalam bentuk yang paling elok. (lihat surah At-Tin ayat 4). Keelokan manusia bukan hanya terletak pada parasnya tetapi ia sangat ditentukan oleh akhlak atau budi pekertinya. Keelokan dan kecantikan manusia adalah kerana manusia makhluk yang berilmu, boleh berfikir, mempunyai daya inisiatif dan kreatif, mempunyai tutur bahasa dan budaya.
Sifat-sifat ini dimiliki oleh datuk kita yang pertama Nabi Adam (alayhi salam). Atas sebab inilah makhluk mulia di langit iaitu para malaikat disuruh oleh Allah agar sujud menghormati Nabi Adam. Apakah sebabnya? Apakah keistimewaan yang ada pada Nabi Adam yang tidak dimiliki oleh para malaikat sehingga mereka disuruh sujud kepada Adam? Jawabnya ialah kerana Nabi Adam ada ilmu yang tidak ada pada malaikat. (lihat kisah ini dalam surah Al-Baqarah ayat: 30 – 34).

No comments:
Post a Comment
Kepada sesiapa yang mahu berkongsi cerita , silalah .. Anda dialu-alukan ... :-) juga boleh tinggalkan komen :)